Salam Perjuangan.
Alhamdulillah Wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah. Salam imtihan, salam peperangan buat semua mahasiswa Al-Azhar Mesir. Saya doakan agar semuanya mendapat pertolongan dan nusrah daripada Allah SWT serta beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan kali ini dan akan datang. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Dalam pada sibuk menelaah madah-madah untuk peperiksaan kali ini, banyak pula cerita yang kurang sedap di dengar menjengah ke dalam gegendang telinga saya ini. Tidak dinafikan juga ada cerita-cerita yang membuatkan saya bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Al-Azhar, namun ada juga yang menyebabkan saya malu untuk bergelar Azhari. Ya Allah, perbaiki dan permudahkan segalanya.
Menjawat jawatan sebagai mahasiswa Usuluddin di dalam pengkhususan Akidah dan Falsafah banyak mengajar saya untuk menilai cara hidup dan cara berfikir pendokong-pendokong Islam dan musuh-musuh Islam walaupun wujud golongan-golongan yang menggelarkan mahasiswa di dalam jurusan ini sebagai "Penganut Akidah Nasrani" - gelaran ini diberikan oleh segelintir mahasiswa Arab di Kuliah Usuluddin - sehingga Almarhum Syeikh Dr. Sayyid Ahmad Musayyar Hafizahullah cukup marah dengan gelaran ini lebih-lebih lagi beliau mengajar kami madah Tayarat Fikriah.
Main pointnya di sini bukanlah apa yang berlaku di kuliah seperti yang saya ceritakan di atas tetapi kali ini saya suka untuk mengupas sedikit sebayak pengaruh pemikiran sekularisme di dalam kehidupan mahasiswa Mesir. Sebenarnya cara berfikir yang cenderung kepada sekular ini sudah lama wujud namun ianya tidaklah seteruk seperti yang berlaku sekarang ini. Pemikiran sekular yang diterapkan di dalam minda mahasiswa Al-Azhar ini sebenarnya di asaskan oleh Nadi UMNO Luar Negara Cawangan Mesir sejak dulu lagi.
Sekular seperti yang kita sedia maklumi adalah suatu aliran yang cuba memisahkan kehidupan manusia daripada terikat dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Bagi golongan ini, agama di anggap sebagai faktor yang menjadikan manusia sebagai golongan yang jumud dan terkebelakang. Mereka berpendapat bahawasanya dengan berpegang teguh kepada agama, manusia menjadi takut untuk membuat perubahan sedangkan agama itu sendiri khususnya agama Islam amat-amat menganjurkan setiap perubahan atau reformasi yang boleh menjadikan manusia sebagai makhluk yang cukup mulia kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri sebagaimana firman Allah SWT;
إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. [ Ar-Ra'd: 11 ]Namun, perubahan yang bakal dilakukan hendaklah tidak bercanggah dengan ajaran agama biarpun perubahan tersebut ke arah kebaikan dan lebih penting cara untuk menuju kepada matlamat perubahan tersebut tidaklah berbentuk maksiat kepada Allah SWT.
الغاية لا تبرر الوسيلة
Matlamat tidak menghalakan cara.
Mahasiswa Mesir
(saya gunakan istilah MAHASISWA MESIR adalah kerana Islam tidak tertaklif kepada orang yang belajar agama sahaja tetapi ke atas semua manusia yang bergelar MUSLIM) kebelakangan ini tidak menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan di dalam menjalani kehidupan di Mesir ini sedangkan Mesir merupakan sebuah negara yang cukup kaya dengan khazanah Islam dan para ulama' yang hebat. Kesilapan terbesar yang pernah saya lihat adalah apabila seorang mahasiswa tidak berpegang teguh kepada
AL-QURAN dan AS-SUNNAH, malah lebih menyedihkan Islam hanya dipraktikan mengikut musim dan tempat-tempat tertentu. Islam hanya di bulan Ramadhan, Islam hanya di masjid dan Islam hanya di kuliah sahaja. Sedangkan apa yang sepatutnya seorang mahasiswa Islam itu menjadi Islam sebagai
MANHAJ KEHIDUPAN.
Untuk pengetahuan para pembaca, golongan sekular menjadi agama itu hanya berlegar di dalam rumah-rumah ibadat sahaja. Kehidupan di luar daripada rumah ibadat ditentukan oleh manusia sendiri. Manusia boleh melakukan maksiat di rumah tetapi TIDAK di rumah ibadat. Manusia boleh melakukan kezaliman tetapi TIDAK di rumah ibadat. Manusia boleh melakukan apa sahaja yang buruk tetapi TIDAK di rumah ibadat. Dan sebenarnya ini yang berlaku kepada mahasiswa Islam di Mesir.
BOLEH melakukan maksiat tetapi TIDAK di masjid, BOLEH bawa lelaki/perempuan masuk ke rumah dengan alasan TIDAK buat apa-apapun sedangkan perkara tersebut telah di haramkan oleh agama.
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). [ Al-Israa': 32 ].
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERKEMBANGNYA PENGARUH PEMIKIRAN INI.NADI UMNO LUAR NEGARA (MESIR)Sebaiknya pertubuhan berhaluan politik kepartian sempit ini dinyahkan daripada bumi Mesir ini kerana merekalah faktor terbesar yang menyumbang kepada tersebarnya pengaruh pemikiran kuffar ini. Menghalalkan percampuran lelaki dan perempuan dengan alasan yang pelbagai.
Rata-rata yang ditegur apabila melakukan kesalahan menggunakan alasan "biarlah, hak aku, yang korang nak sibuk-sibuk kenapa?". "Apa salahnya, bukan sampai berzina pun".
Sedangkan di dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dengan jelas menyebutkan;
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان.
Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka cegahlah ia dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya dan ianya adalah selemah-lemah iman.Golongan ini cuba menipu mahasiswa Mesir dengan mendakwa golongan-golongan yang cuba menegah perkara mungkar ini semakin golongan yang SYADID, JUMUD dan macam-macam lagi.
GOLONGAN YANG LUPA BAHAWA MEREKA BERGELAR MUSLIM.Golongan ini terlalu ramai sekarang. Yang tidak ada asas Islam seperti orang yang tidak bersekolah agama tidak mengapa tetapi menyedihkan ramai yang mempunyai latarbelakang agama ini pula yang cenderung untuk mengikuti pemikiran ini.
Belajar SYARIAH, HALALKAN YANG HARAM, BELAJAR USULUDDIN PUN HALALKAN YANG HARAM dan BELAJAR PENGAJIAN ISLAM JUGA HALALKAN YANG HARAM. Kalaupun tidak menghalalkan yang haram tetapi cuba memisahkan antara urusan dunia dengan akhirat sedangkan urusan dunia perlu diikat dengan akhirat agar tidak tersesat dengan tipu daya syaitan yang tidak pernah alpa untuk menipu anak cucu Adam.
Sebaiknya, kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Bukan Islam Hadhari, One Malaysia dan bukan selain daripada Islam Ad-Deen yang yang sebenar-benarnya. Kembalilah kepada panduan Al-Quran dan As-Sunnah kerana itu yang sebaiknya. Hayatilah sedalam-dalamnya hakikat
SESUNGGUHNYA AMALAHKU, IBADATKU, HIDUPKU, MATIKU HANYA UNTUK ISLAM.MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, ALLAHU AKBAR!!!
Read more...